Saya hendak mengulas isu pelajar USAS yang terlibat dalam usaha dakwah terhadap orang Kristian khususnya. Pada hakikatnya, orang Islam lebih berhak mencintai Nabi Isa AS (Jesus) daripada orang Kristian kerana Rasulullah SAW bersabda:
أَنَا أَوْلَى النَّاسِ بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ فِي الْأُولَى وَالْآخِرَةِ
“Akulah orang yang lebih berhak terhadap Isa bin Maryam baik di dunia mahupun di akhirat.”
(hadis ini riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Slogan “Muslims @ I Love Jesus” itu benar dan satu daripada pendekatan menjinakkan orang Kristian untuk didekati lalu didakwahi. Namun, pendekatan itu perlu disesuaikan dengan realiti Malaysia yang sedikit sebanyak berbeza dengan realiti negara Eropah. Apa-apapun yang diperkatakan, semoga usaha ini dilakukan dengan ikhlas berdasarkan ilmu. Semoga pendakwah ini diberkati Allah dan sasaran dakwah diberi hidayah oleh Allah. Amin. Demikian ulasan saya secara umum tentang isu ini. Saya ada sedikit pengalaman peribadi berdakwah dan berdialog tentang agama dengan kawan Cina dan Filipina yang bekerja di Kuala Lumpur.
Azmi Ahmad USAS