Dukacita dimaklumkan pelumba negara, Mohd Hafiz Nor Azman disahkan meninggal dunia selepas mengalami kemalangan ketika beraksi di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018.
.
Allahyarham yang juga turut beraksi dalam Asia Road Racing Championship (ARRC) menghembuskan nafas terakhir ketika beraksi di pusingan 10, Bandar Penawar, Johor bagi kategori CP150.
.
Salam takziah kepada keluarga beliau dan bagi seluruh rakyat Malaysia, kami mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah …
Sumber dari @kbsmalaysia